Carta Salasilah Keluarga Hj Masom & Hjh Safiah
Assalamualaikum wbt…
Carta salasilah keluarga Bani Masom telah diwujudkan melalui Geni.com
Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik tuan/puan/ saudara/saudari untuk klik ke halaman ini bagi melengkapkan carta tersebut. Sila lengkapkan untuk keluarga masing-masing dan boleh juga membantu mana-mana saudara/saudari yang lain bagi melengkapkan carta ini. Semoga dengan kewujudan carta ini, kita semua dapat mengenali susur galur keturunan Bani Masom dengan lebih jelas dan terperinci bagi mengetahui kedudukan pangkat dan generasi semasa.
Walau bagaimanapun, tuan/puan perlulah membuka akaun terlebih dahulu bagi menyunting dan melihat carta tersebut. Buat masa ini, beberapa wakil keluarga telah dijemput melalui emel untuk membantu melengkapkan carta tersebut. Mohon jasa baik agar dapat menjemput saudara/i yang lain juga..
Terima kasih dan mohon maaf jika ada kesulitan.
SENARAI AHLI JAWATAN KUASA KELUARGA BANI MA’SOM
2011
PENASIHAT
EN SABANI HJ MASOM
TN HJ RAHMAT HJ MASOM
TN HJ ISMAIL HJ MASOM
TN HJ NOH HJ MASOM
PENGERUSI
SDR. MOHD KASIM BIN HJ AHMAD
NAIB PENGERUSI
SDR. HAMSHAN BIN HJ JUPRI
SETIAUSAHA
SDR. MUHD FARIZ HJ ISMAIL
BENDAHARI
SDR. MUHD HAFIZ HJ ISMAIL
AHLI JAWATANKUASA (WAKIL KELUARGA)
1. SDR. MOHD YAZID BIN SAIMON (KELUARGA HJH BAWON )
2. SDR. MOHD ZIN BIN HJ AHMAD (KELUARGA HJH ROSIAH)
3. SDR MOHD AZMI BIN SABANI (KELUARGA WAK SABANI)
4. SDR MOHD NAZRI HJ DAWAM (KELUARGA HJH MASKAMAH)
5. SDRI. PAEZAH HJ HAMZAH (KELUARGA HJ HAMZAH)
6. SDR. HALIM BIN JUPRI (KELUARGA HJH MARIAMAH)
7. SDR FAUZI RAHMAT (KELUARGA HJ RAHMAT)
8. SDR. MUHAMAD HANIFF HJ ISMAIL (KELUARGA HJ ISMAIL)
9. SDRI. NAZIRAH HJ NOH (KELUARGA HJ NOH)
Hanya tinggal kenangan….
Kenangan Abang Wan bersama Almarhum Hj Hamzah Hj Masom
Cucu-cucu bersama Almarhum Hj Ahmad
Jutaan terima kasih di atas sumbangan gambar-gambar oleh Abang Wan (Hj Saiman Mat Baok) .. Segala sumbangan gambar-gambar terutamanya dengan almarhum dan almarhumah Generasi Pertama yang telah tiada adalah dialu-alukan
Kenangan cucu-cucu bersama Embah di rumah asal di Parit Paimin… ( foto sumbangan Sdr Arif Sabani)
Salam Eidulfitri 1431 Hijrah
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri 1431 H kepada semua warga Bani Ma’som daripada Generasi Pertama hinggalah generasi yang berikutnya. Salam kemaafan dipohon zahir dan batin di atas segala kesalahan dan kesilapan yang ada dilakukan selama ini. Semoga ikatan kekeluargaan dan ukhuwwah di antara kita makin lama makin erat dan rapat dari semasa ke semasa. Insya Allah..
Bagi tujuan tersebut, sekarang ini sedang diusahakan satu gerakan mengumpulkan maklumat-maklumat ahli keluarga Bani Ma’som dari generasi pertama hinggalah generasi yang berikutan. Mohon agar saudara-saudara sekalian dapat merwar-warkan laman blog ini bagi mengisi borang maklumat keluarga yang disediakan di sebelah tepi dinding kiriman. Ini merupakan satu langkah awal bagi merealisasikan satu PERHIMPUNAN KELUARGA BANI MA’SOM yang julung-julung kali dirancang akan dijalankan pada masa akan datang.
Kerjasama dan bantuan serta sokongan pihak tuan amatlah dialu-alukan agar kemahiran, buah fikiran, idea dan sumbangan tuan/puan dapat menjayakan usaha-usaha ini dengan cemerlang. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada kekurangan pada blog ini . Ini adalah antara usaha awal bagi memudahkan tuan/puan mengisi maklumat tambahan lagi banyak medium kecanggihan teknologi pada masa kini.
Salam Eidulfitri dan Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah…
Mengirim Komentar
Assalamualaikum saudara-saudaraku sekalian..
Bagi memudahkan semua, pengiriman komentar TIDAK memerlukan pengguna mendaftar masuk lagi. Saudara-saudara boleh terus meninggalkan komen dengan hanya menulis NAMA dan ALAMAT EMEL sahaja. Bagi menulis sesuatu TAJUK baru, sila hubungi saya. Sekian, terima kasih. Semoga laman ini menjadi sumber maklumat dan saluran informasi bagi Keluarga Bani Ma’som
Program pra perjumpaan
Saya nak mencadangkan agar kita buat satu pra perjumpaan bagi membincangkan khusus mengenai tujuan utama blog ini diwujudkan, program-program yang boleh dianjurkan atau sebagainya. Buah fikiran daripada tuan-tuan amat diperlukan dan dihargai, ataupun buah fikiran tuan-tuan boleh dicadangkan dalam blog ini. Terima kasih atas keperihatinan tuan-tuan.
Assalammualaikum…
Harapan saya segala usaha yang kita usahakan ini akan menjadi satu kenyataan satu masa nanti. Bagi saya, harapan ayahanda Tn Hj Ismail yang ingin melihat semua kaum kerabat Hj Masom dapat berhimpun dalam satu majlis perhimpunan keluarga dapat saya tunaikan. Diharapkan juga ada yang dapat membuat satu carta salasilah keluarga Hj Masom yang meliputi generasi awal hingga generasi keberapa pun. Ini bertujuan untuk kita semua mengetahui kaum keluarga yang bertambah (kelahiran anak) atau juga kematian.


